Monday, 10 December 2012

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease - HFMD) adalah penyakit jangkitan virus yang akut (keadaan penyakit yang menyerang dengan cepat, gejala teruk tetapi berlaku dalam masa singkat). Ia biasanya bermula dengan gejala lecur dalam mulut yang pecah. Lecur ini juga boleh berlaku pada tangan, kaki, punggung dan kemaluan.

Dalam kebanyakan kes, HFMD disebabkan virus coxsackie jenis 16 (CV16). Bagaimanapun, penyakit ini juga kerap dikaitkan dengan virus coxsackie lain seperti A5, A7, A9, A10, B2 dan B5. Di rantau Pasifik Barat, enterovirus 71 (EV-71) juga pernah menyebabkan letusan penyakit ini.

HFMD yang menyerang kanak-kanak berbeza dengan penyakit tangan, kaki dan mulut pada haiwan. HFMD biasanya berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Penyakit ini mudah berjangkit dan merebak. Kebanyakan orang dewasa ada pengalaman mendapat penyakit ini. Selain menyebabkan ketidakselesaan, HFMD jarang menyebabkan komplikasi penyakit yang teruk atau kematian.




Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam    
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu

Sunday, 9 December 2012

Demam Denggi

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi.Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga.Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu :

 Aedes AegyptiCiri-ciri : Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala. Nyamuk Aedes Aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.


Aedes AlbopictusCiri-ciri: Garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.


Tanda-tanda serangan denggi
  • Demam kuat secara mengejut dan berterusan
  • Ruam pada kulit
  • Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit Perut
  • Pendarahan pada badan, hidung dan mulut
Rawatan

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
  • Rawatan Demam Denggi Klasikal
    Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku
  • Rawatan Demam Denggi Berdarah
    • Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
    • Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
    • Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.
    • Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.





 

Thursday, 6 December 2012

Amalkan Cara Hidup Sihat

  
Mengamalkan cara hidup sihat 
  • Tidak merokok
  • Makan secara sihat
  • Lakukan aktiviti fizikal
Makan secara sihat
  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Lakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga

Saturday, 1 December 2012

Menjaga Kebersihan Alatan Keperluan Diri

Pastikan alatan keperluan diri berada dalam keadaan bersih sebelum menggunakannya untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit.


                                                                    pakaian


                                                                             kasut


                                                                            stokin

       sikat

    berus gigi

tuala
                                                              

Friday, 30 November 2012

Aspek Kekeluargaan


Mengenal ahli keluarga dan tanggungjawab

Tanggungjawab ayah ialah:
i) mencari nafkah dan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal
ii) memberi perlindungan
iii) memberi pendidikan

Tanggungjawab ibu ialah:
i) menjaga kebajikan keluarga seperti menyediakan makanan, mengemas rumah, memberi kasih sayang
ii) memberi pendidikan dan pengetahuan
iii) membantu ayah menguruskan rumah tangga

Tanggungjawab anak ialah:
 i) mematuhi segala arahan dan perintah ibu bapa
 ii) menghormati dan menghargai ibu bapa
 iii) belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapa

Tuesday, 27 November 2012

Perasaan yang dialami

Berikut merupakan perasaan yang biasa kita alami  dalam  kehidupan seharian. Murid dibimbing agar mempamerkan perasaannya secara positif mengikut situasi serta meluahkan perasaan kepada individu yang sesuai.


                                                                   gembira


 sedih


                                   marah


  bimbang

 
                                                                         malu

 
                                    takut

Thursday, 22 November 2012

Modul Pendidikan Kesihatan KSSR

Modul Pendidikan Kesihatan KSSR

Di bawah KSSR Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif mula diajar sejak tahun 1.

Fokus Modul Pendidikan Kesihatan KSSR

Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah
35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama

Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus
diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan
penyalahgunaan bahan.

Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi
dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan
dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental
dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.

Modul 3 : Kesihatan Persekitaran
Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan
persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,
keselamatan dan pertolongan cemas.

Friday, 9 November 2012

Tuesday, 6 November 2012

Kerja Kumpulan Makanan Berkhasiat


                                    Hasil kerja kumpulan yang bertajuk Makanan Yang Berkhasiat
                                               dan MakananYang Tidak Berkhiasiat.

  
                                         Murid-murid berkerjasama menyiapkan kerja kumpulan.
                                         Murid-murid menjalankan kerja kumpulan dengan gembira.

Wednesday, 31 October 2012

Piramid Makanan

PEMAKANAN yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit. Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, anak anda akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik.
          Karbohidrat Sumber tenaga terbaik untuk tubuh. Karbohidrat (seperti kanji, gula) akan dipecahkan kepada glukosa serta digunakan untuk menggerakkan fungsi tubuh dan membekalkan tenaga. Glukosa adalah satu-satunya sumber tenaga untuk otak anak anda. Sumber karbohidrat kompleks yang baik termasuk beras, gandum, oat, barli dan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan ini (seperti mihun, kuetiau, roti, biskut dan bijirin sarapan), dan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi.
          Protein Asas binaan tulang, darah dan otot. Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum. Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh memerlukan 22 asid amino: 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan (asid amino perlu). Protein daripada sumber haiwan (seperti ikan, ayam itik, daging, telur, susu dan produk tenusu) dan sumber tumbuh-tumbuhan (seperti kekacang, kacang pea dan lentil).
           Lemak membekalkan tenaga, vitamin-vitamin larut lemak dan asid-asid lemak penting yang hanya boleh didapati daripada makanan. Mengekalkan suhu tubuh dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh. Sumber lazim adalah minyak masak (seperti minyak sawit, minyak kacang soya). Lemak-lemak tak tepu, seperti daripada ikan, legum, kekacang dan biji-bijian merupakan sumber lemak diet yang baik. Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan seperti ghee, lemak khinzir dan juga kelapa.
          Vitamin dan mineral Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan, kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh. Diperlukan dalam kuantiti kecil, tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati daripada makanan. Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan.
          Air mengekalkan keseimbangan cecair tubuh. Menyerap haba metabolik di dalam tubuh. Berfungsi sebagai medium pengangkutan di dalam tubuh (seperti menghantar nutrien ke organ-organ di dalam tubuh dan menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh).
          Bekalkan makanan yang betul, pada masa yang betul, serta dalam jumlah yang betul. Hidangkan makanan daripada kelima-lima kumpulan makanan di dalam piramid tersebut mengikut bilangan hidangan yang disarankan. Jangan lupa untuk mempelbagaikan makanan yang disediakan setiap hari kerana tiada satu jenis makanan yang boleh memenuhi kesemua keperluan pemakanan anda.

Friday, 26 October 2012

Perbezaan Antara Bersenam Dan Bersukan

Apa perbezaannya bersenam dan bersukan? Senaman yang baik akan sasarkan kebaikan pada 5 komponen kesihatan iaitu
1. Kardiovaskular
2. Daya tahan otot (stamina)
3. Kekuatan otot (strength)
4. Komposisi badan
5. Kelenturan (flexibility)
Senaman yang baik melibatkan senaman jenis aerobik dan anaerobik dengan intensiti latihan yang betul sesuai dengan sasaran. Latihan aerobik seperti berjoging, tarian, dan lain-lain. Manakala latihan anaerobik seperti latihan bebanan, rintangan.

Manakala bersukan akan sasarkan sedikit daripada komponen kesihatan dan sikit komponen lakuan (skill) mengikut jenis sukan seperti
1. Ketangkasan (agility)
2. Kelajuan (speed)
3. Kuasa
4. Imbangan
5. Masa reaksi
6. Koordinasi

Saturday, 20 October 2012

Langkah-langkah Mencuci tangan


Persembahan powerpoint ini sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid cara mencuci tangan dengan betul.

Friday, 19 October 2012

STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1

Malamat  Kurikulum

Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

Saturday, 6 October 2012

Selamat Datang ke blog Loh Chooi Peou

Hi semua,


 

Selamat melayari ke blog ini. Harap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.