PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1
Malamat Kurikulum
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
Objektif Kurikulum
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid:
- Mempertingkat pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran.
- Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit.
- Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
Objektif Pendidikan Kesihatan Tahun 1
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkat pengetahuan, kemahiran dan amalan:
- Menjaga kebersihan tubuh badan.
- Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat.
- Mengenali ubat.
- Mengurus emosi.
- Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain.
- Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan.
- Mencegah penyakitan yang berjangkit.
No comments:
Post a Comment