Thursday 6 December 2012

Amalkan Cara Hidup Sihat

  
Mengamalkan cara hidup sihat 
  • Tidak merokok
  • Makan secara sihat
  • Lakukan aktiviti fizikal
Makan secara sihat
  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Lakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga

3 comments:

  1. Hello Cikgu,
    Blog yang menarik dan banyak ilmu bermanfaat ada di blog cikgu ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Teruskan cikgu. Sudilah pula cikgu ke laman blog saya di http://cikgurohanimu.blogspot.com
    Komen dari cikgu amat dialu-alukan.
    Terima kash cikgu :)

    ReplyDelete
  2. nota dan maklumat yang jelas dan berguna. bagus....

    ReplyDelete