Monday 10 December 2012

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease - HFMD) adalah penyakit jangkitan virus yang akut (keadaan penyakit yang menyerang dengan cepat, gejala teruk tetapi berlaku dalam masa singkat). Ia biasanya bermula dengan gejala lecur dalam mulut yang pecah. Lecur ini juga boleh berlaku pada tangan, kaki, punggung dan kemaluan.

Dalam kebanyakan kes, HFMD disebabkan virus coxsackie jenis 16 (CV16). Bagaimanapun, penyakit ini juga kerap dikaitkan dengan virus coxsackie lain seperti A5, A7, A9, A10, B2 dan B5. Di rantau Pasifik Barat, enterovirus 71 (EV-71) juga pernah menyebabkan letusan penyakit ini.

HFMD yang menyerang kanak-kanak berbeza dengan penyakit tangan, kaki dan mulut pada haiwan. HFMD biasanya berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Penyakit ini mudah berjangkit dan merebak. Kebanyakan orang dewasa ada pengalaman mendapat penyakit ini. Selain menyebabkan ketidakselesaan, HFMD jarang menyebabkan komplikasi penyakit yang teruk atau kematian.




Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam    
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu

6 comments:

  1. Maklumat yang jelas! Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang memanfaatkan guru dan juga murid. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  3. tahniah, info untuk kesihatan diri yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  4. Tahniah cikgu! Satu perkongsian ilmu yang sangat baik. Moga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dan rakan-rakan guru. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas komen cikgu-cikgu semua. Harap dapat memberi manfaat kepada semua.

    ReplyDelete